Wednesday, December 8, 2010

tak salah memilih

ramai kata,
siapalah engkau untuk memilih,
sedangkan lagak kau bukan lagak seorang pemilih,
engkau hanya seorang hamba marhaen yang sama seperti siapa2 sahaja,
engkau bukan sempurna,
engkau bukan ada apa2,

tapi aku tanya balik mereka,
bukankah hidup itu adalah pilihan,
pilih jalan sesat atau jalan kebenaran?
pilih yang sejati atau yang penuh kepalsuan?
pilih yang ori bukan yang tiruan?

jika hidup itu sendiri adalah pilihan?
jadi kenapa salah pilihan itu jadi taruhan?
kenapa salah pilihan itu yang kita mahukan?
apakah salah kita punya pilihan?

Tuesday, November 9, 2010

CERITERA BANJIR

sekali air bah,
satu negeri berubah,
satu negeri gelabah,

cerita banjir ni mmg menarik,
bila berlaku pelbagai dugaan,
mmg ramai orang tertarik,
tapi sayang yang tertarik itu membawa pelbagai daya penarik,
bantuan membanjiri negeri yang banjir,

negeri yang banjir ini dilanda susah,
negeri yang banjir ini sentiasa gelisah,
tapi orang negeri banjir ini masih punya akal waras,
tak perlukan pelekat2 parti pada bantuan beras,
tak perlu juga nama2 orang besar yang diwarwarkan,
kerana mmg orang takkannya nak diperasan,

kalau nak membantu biarlah membantu dengan ikhlas,
bukan membantu sbb ada udang yang bersembunyi di balik air bah,
tapi ingt sang udang,
air sangat2 la deras,
kang hanyut tau2 dah "keras"

Wednesday, October 20, 2010

puisi menyumpah minggu ini

aku mmg orang biasa,

pandangan aku kadang2 lebih jelas dari biasa,
kerana aku selalu pandang pada persepsi berbeza,
persepsi aku kadang2 tak senang di mata mereka,
kerana apa?

kerana aku berani untuk menyatakan kebodohan mereka,
aku tak takut bersuara,
mmg aku lantang,
tapi lantang aku tidak lancang,
mulut dan jemariku bila berkata2 masih ada batasnya,
masih ada adab sopannya,
mungkin sebab itu aku selalu dicari utk sebagai sudut pandangan luar,
yang menyuarakan apa yang orang tak mahu dengar,

tapi aku kira aku sudah malas,
bila yang datang meratap itu culas,
hari ini begini,
esok sedap saja kata "alaaah kejap saja ni"
tapi tak ke aku menyampah,
kenapa aku tak menyumpah,
kalau kau datang kau kata kau dah faham dah,
tapi kau buat benda tak berfaedah,
kau buat kau tak fikir dah,
nanti kau jugak yang rosak,
kau kata aku salah!
engkau fikir la sendiri,
bila aku cakap kau tak nak dengari,
segala apa yang terjadi lepasni,
aku tak nak dengar lagi,

JEBAT DERHAKA

Thursday, October 14, 2010

orang gila tengok bola

tengok bola mcam pegi perang,
bawak mercun bnyak2 pam pom pang,
cakap mulut main lepas macam siamang
maruah diri,
maruah pasukan,
macam orang bertelanjang
bodoh bukan kepalang
dikata bangang,
naik meradang!

ah penyokong,
kalau ke menang cukup la dengan bengang,
jangan sampai nak bakar bas orang,
baik ko bawak je senapang tembak mereka di sebelah padang.


ah korang memang bangang.......

JEBAT DERHAKA

Monday, October 11, 2010

kenapa uniten patut buat kolej kediaman COED.

bismillahirahmanirrahim,
selalunya saya jika menulis,perkara2 yang saya akan sentuh adalah mengenai hal ehwal politik negara,hal sosial dan agama dan penulisan saya juga berbentuk puisi sinikal.Namun pada hari ini saya menulis adalah disebabkan amat tertarik dengan permasalahan baru yang timbul di uniten. Dan masalah yang saya maksudkan adalah pembukaan ILMU utk pelajar lelaki untuk sem depan.

Dan tidak keterlaluan saya katakan bahawa saya setuju "BERSYARAT'' dengan cadangan ini diatas sebab2 tertentu dan saya kira valid utk diperkatakan.
upm
pertama2 sekali saya tegaskan bahawa, persetujuan saya bersyarat dan jika syarat2 ini dipenuhi barulah persetujuan saya terhasil.
antara syaratnya ialah:
1.kawalan keselamatan blok ke blok.
2.terdapat kawasan larangan yang jelas utk lelaki masuk atau tidak ke dalam ilmu
3.blok yang digunakan tidak mampu memberikan visual jelas dan nyata dan menggugat keselamatan pelajar perempuan.
4.pelajar yang dipilih masuk perlu aktif dan bersih rekodnya.
5.pelajar pada cgpa yang tinggi sahaja dibenarkan menetap di dalam ilmu.
UM
kesemua syarat2 ini adalah utk memastikan keselamatan pelajar perempuan.


sebab2 saya setuju "bersyarat" akan perubahan drastik ini ialah:
1.universiti2 lain telah lama mengaplikasikan sistem coed ini.
sistem ini terbukti selamat dan lebih praktikal.Dan sistem ini telah berjaya menjadikan kolej kediaman mereka lebih aktif berpersatuan dan mampu mengubah situasi dan fenomena persatuan hidup segan mati tak mahu di UNITEN. Saya kira umum tahu betapa sembap dan lembapnya sistem persatuan dan kehidupan kolej di uniten dibandingkan universiti2 lain dan kita mahu merangsang lagi campus life di uniten agar lebih proaktif dan kondusif.

2.Umum tahu masalah kediaman yang membelenggu pelajar lelaki di UNITEN.Setiap kali pengambilan pelajar baru di UNITEN, terdapat ramai pelajar2 senior terpaksa merempat di kelompok2 akibat tiada kediaman tetap. Saya sendiri pernah mengalami nasib sebegini rupa begitu juga majoriti rakan2 yang hanya mengharapkan apartmen di UNITEN ini.

3.bagi saya jika sistem baru ini dijalankan dengan proaktif dan dirancang,ia tidak akan membawa masalah yang besar. dan perlu digabungkan dengan sistem penempatan yang lebih sistematik di mana sistem ini perlu adil dan saksama berdasarkan kelayakan dan bukan berdasarkan kepada perkara2 lain.



kesimpulan:
kita dah ada komoditi,kita dah ada komuniti.segalanya telah mencukupi kenapa perlu dibazirkan atas sebab2 yang tak munasabah?
dan perubahan yang dibawa perlu diuji terlebih dahulu,tak perlulah terus membantah tanpa sebab yang valid.
dan manusia umum menolak perubahan,tapi tanpa perubahan tiada kemajuan.



Sunday, October 10, 2010

pilihan ditangan anda

ISLAM di MALAYSIA SUDAH TERBAHAGI KEPADA EMPAT

ISLAM IC
adalah islam yang hanya boleh nampak tertulis atas ic,
boleh eja,boleh baca dan boleh tengok sahaja,
tapi tak nampak langsung patuhnya pada agama,
mungkin hati nak padam sahaja,
tapi takut dek jadi macam kes mak cik LINA*
iyelah buat dosa merata2,
tak mengapa,
nanti tua taubat la,
nanti dah tua mengadap kiblatla,
sekarang masih muda,
enjoy dulu,







lompat terkinja2 dulu,
minum arak dulu
zina dulu,
hidup hanya sekali,
kenapa tak joli.

ISLAM EKSTRIM
yang ni pulak melampau tentangannya,
berasap2 letupannya
bergegar2 ucapanya
kata perjuangannya demi islam
tapi yang bnyak mati pun saudara seislam
segalanya nak ganas saja caranya
konon berjuang
konon tegas dan lantang
hanya tahu berjuang dengan senapang
tapi akidah kontang
kalau yang tak pegang senapang
mulut pulak lancang
jari menaip kencang
bila bercakap atau menulis pantang
semua tak kena semua kena tentang
bila pulak islam ajar kebencian
islam membawa kedamaian
islam hanya membalas jika cukup syaratnya
jika benar2 agama dihina
jika benar2 kita dalam bahaya
jaja nama islam untuk ideologi gila!

ISLAM LIBERAL
mereka ini lagi bahaya,
hujah mereka manis2 belaka,
bila berkata2 mmg pintar bicaranya,
bila menulis pandai bijak sungguh tulisannya
mereka bijak mengauta,
tafsir mereka tafsir minda,
segala nas2 dah tak boleh pakai,
manusia akalnya sempurna,
islam tidak sempurna bagi mereka,
ubah islam kononnya2 utk ikut tuntutan masa,
kononnya utk kebaikan bersama,
mereka ini golongan bijak pandai,
golongan peguam dah ilmuan yang kononnya boleh pakai,
tapi terlalu bijak sampai akidah tergadai.

ISLAM
ISLAM ITU SEMPURNA
ISLAM ITU AGAMA SEDUNIA
TIDAK KIRALAH DIMANA DIPIJAK DAN LANGIT DIJUNJUNG
ISLAM ITU UNTUK SEMUA
DAN UMAT ISLAM DIAJAR UTK BERSEDERHANA
BUKAN EKSTRIM
BUKAN LIBERAL
DAN BUKAN HANYA PADA NAMA
KERANA APA?
KERANA ISLAM JALAN HIDUP UTK SEGENAP MANUSIA
ISLAM LENGKAP
ISLAM BUKAN MILIK SESUATU BANGSA
DAN IMAN JUGA TAKKAN KEKAL DALAM JIWA JIKA TIDAK DIBAJA
DAKWAH TANGGUNGJAWAB KITA
TAPI CARANYA BERHIKMAH DAN BERSEDERHANA
BUKAN MEMAKSA DUNIA UTK IKUT CARA KITA
KERANA ISLAM ITU INDAH SEBENARNYA
CUMA KITA YANG TAK TAHU KEINDAHANNYA
TATKALA HATI PENUH KEBENCIAN
KETAMAKAN
DAN KEEGOAN
KERANA MANUSIA ITU TIDAK SEMPURNA



JEBAT DERHAKA

*lina joy seorang wanita muslim yang telah mengaku murtad dah mahu membuang islam dari namanya

Tuesday, October 5, 2010

perempuan itu baik

bila berkata2 kita selalu lupa,
kita selalu menghukum sebelum cukup bukti dan saksinya,
percaya atau tidak kita telah menggadaikan ajaran islam setiap kali bibir berbicara,
jika kita menuduh tanpa usul periksa....

wanita itu wajib lelaki lindungi,
bukan untuk disakiti,
wajib dihormati,
bukan dipandang bagai tiada nilai dan sampah disisi lelaki,

sepatah butir bicara mengatakan dia perempuan jahat,
sebatang rotan menanti untuk 80 sebat,
kerana martabat wanita yang baik itu tinggi disisi syariat,
kerana mereka punya martabat dan kedudukan penting dalam masyarakat,

mulut mmg lantang bicara,
tapi keluarkanlah saksinya,
keluarkanlah buktinya,
dapatkanlah pengakuannya,
sebelum kamu menghukum dirinya,

wanita itu ibu,
wanita itu adik,
wanita itu isteri,
wanita itu wajib dilindungi.


JEBAT DERHAKA

Monday, September 27, 2010

politicians are all the same

anda semua sama,
anda semua hanya bijak auta,
tak kiralah dari parti mana,
tak kiralah dari puak mana,

belit sana belit sini
putar sana putar sini
tak habis2 bercakap tak henti2
konon berjuang demi rakyat
tapi nampak macam berjuang demi poket sendiri
yang buta sokong tak tengok kanan kiri
yang tuli angkat pemimpin sebegini tak henti2

sekarang ni tnya diri sendiri...
kenapa ramai dah x kesah pasal politik?
kenapa ramai dah menyampah pasal politik?
kenapa orang dah tak kesah dengan hal negara?
sebab apa?

sebab anda semua la
dah isu kecik korang besar2kan
isu besar korang buat x nampak
dah tu jadi la isu besar makin gedabak
dah tu salah siapa moral rakyat runtuh?

sudah2 lah dengan politik murah!
tetapkan perjuangan
jangan main politik sampah
penyokong pon perlu tahu apa diperjuangkan
jangan asyik sokong sbb suka nak meyumpah
dah nampak macam orang x bermaruah

JEBAT DERHAKA

Saturday, September 25, 2010

anak kurang ajar..siapa yang kurang mengajar?

dulu kalau sayang anak tangan2kan,
skrg sayang anak beli permainan,
dulu anak2 dididik ibu-bapa dan jiran tetangga,
kini mak bapak ego sbb rasa dah mampu nak jaga semua,
lepas tu tanya?

kenapa anak aku jadi bohsia?
kenapa anak aku bagi semua dengan rela?
kenapa anak lelaki ku x reti2 nak balik rumah?
kenapa anak aku buang anak dalam tong sampah?
kenapa anak aku asyik bergaduh bertelagah?
kenapa anak aku dah x sembah tuhan?
kenapa anak aku kencing atas al-quran?

betul kata orang ,
ada harta berjuta x boleh beli bahagia,
kerana ramai remaja rosak bnyak anak orang kaya,
aku x pernah kata semua,
tapi aku sebut bnda dah depan mata
ah sampah masyarkat perosak agama,
simbah najis atas nama bangsa,
patut la tak malu dan segan conteng arang atas muka keluarga.


budak universiti pon sama,
mungkin sbb terlalu pandai
sampai maruah tergadai
dah lobos semua engkau igt ada harga?
engkau igt dia akan setia?
nanti anak kau sape nak bela?
tu la yang engkau buang anak merata.


sekarang aku mahu kita bersama cari konklusinya,
cari konklusi membelenggu masyarakat kita,
kerana meski sampai bila2 kita takkan berubah,
selagi kita belum mahu mengubah.





JEBAT DERHAKA

Monday, September 20, 2010

teori islam liberal dari JARINGAN ISLAM LIBERAL INDONESIA

Teori evolusi dan seleksi alam tak hanya dipakai untuk menjelaskan
asal-usul jagat raya, keberadaan Bumi, dan kompleksitas makhluk hidup,
tapi juga menjelaskan sejarah dan perkembangan agama. Jika Dawkins
menggunakan teori evolusi untuk menjelaskan bahwa alam raya dan seluruh
isinya merupakan proses panjang yang terus-menerus, Daniel Dennett
menggunakan kerangka evolusi untuk menjelaskan keberadaan agama. Yang
menjadi perhatian Dennett bukanlah keberadaan Tuhan, tapi keberadaan
agama sebagai lembaga yang bertanggungjawab menciptakan konsep-konsep
gaib, termasuk Tuhan. Sebagai seorang Darwinian sejati, Dennett
menganggap bahwa agama yang dipeluk manusia sekarang ini merupakan
bentuk evolusi terkini dari agama-agama primitif yang pernah ada.

Dennet tentu saja bukan orang pertama yang menganggap agama sebagai
produk manusia (bukan Tuhan). Dua setengah abad sebelumnya, David Hume
pernah melontarkan gagasan serupa dalam dua buah bukunya: The Natural History of Religion (1757) dan Dialogues Concerning Natural Religion (1779).
Hume menyimpulkan bahwa agama-agama monoteis (Yahudi, Kristen, Islam,
dll) merupakan hasil evolusi panjang dari keyakinan politeisme yang
sangat tua. Hume menganggap politeisme sebagai agama paling primitif
yang pernah dikenal manusia.

Menurut Dennett agama bukanlah artefak atau produk hasil aktivitas
intelektual manusia. Agama merupakan fenomena alam yang berkembang dan
menular bukan lewat gen,tapi lewat bahasa dan simbol. Seseorang bisa
mewarisi bentuk hidung atau talenta musik dari orang tuanya, lewat gen;
tapi jika dia beragama yang sama dengan orang tuanya, dia memperolehnya
bukan lewat gen, tapi lewat bahasa dan asuhan yang diberikan kepadanya.
Agama adalah fenomena yang muncul dalam alam (natural) dan bukan dari
luar alam (supernatural). Dennett tidak terlalu peduli apakah Tuhan ada
atau tidak, karena keberadaannya atau ketiadaannya tidak mengganggu
status agama sebagai fenomena alam. Tuhan adalah sesuatu yang
supernatural, tapi agama adalah sesuatu yang natural. Kita tak bisa
membicarakan Tuhan secara ilmiah (scientific), tapi bisa melakukannya
kepada agama. Hanya sesuatu yang alamiah yang bisa dibuktikan secara
ilmiah. Dengan proposisi ini, Dennett ingin mengatakan bahwa
mempelajari agama secara ilmiah adalah mungkin. Ilmu pengetahuan modern
dengan segala disiplinnya mampu menjelaskan fenomena agama. Ada ilmu
sejarah, arkeologi, sosiologi, ekonomi, hingga psikologi yang mampu
mengungkap dimensi-dimensi terdalam perilaku keberagamaan manusia.

Agama tidak datang sekali jadi, tapi berevolusi, sesuai dengan
tingkat kecerdasan manusia. Peradaban manusia berkembang, begitu juga
agama. Pada masa silam, ketika manusia masih primitif, bentuk agama
juga sangat primitif. Bahasa lebih dulu dikenal manusia ketimbang
agama. Ketika manusia modern (homo sapient) pertama kali muncul sekitar
195.000 tahun silam, mereka menggunakan bahasa sangat sederhana untuk
berkomunikasi. Dengan kosakata yang terbatas, agama adalah sebuah
kemewahan. Agama muncul jauh setelah manusia mengembangkan sistem
berbahasa yang kompleks. Bukti-bukti arkeologi paling awal menyebutkan
bahwa “praktik agama†tertua baru terjadi sekitar 25,000 tahun silam.
Data ini diambil berdasarkan temuan situs makam Cro-Magnon di Ceko.
Agama yang dipraktikkan pada masa ini tentu sangat sederhana dan
umumnya hanya terkait dengan upacara penguburan mayat.

Seperti juga peradaban, agama memiliki usia; ada yang bertahan lama dan
ada yang sebentar. Menurut Dennett, bertahan tidaknya agama sama
seperti spesies pada makhluk hidup, yakni sejauh mana ia bisa bertahan
menghadapi proses seleksi alam yang brutal. “Setiap hari ada dua atau
tiga agama yang muncul,†tulis Dennett, “tapi lifespan mereka tak
sampai satu dekade.†Ada agama yang berusia ribuan tahun, tapi ada yang
hanya belasan tahun. Seleksi alam menentukan hidup-matinya mereka.
Agama Mesir kuno bertahan lebih dari 2000 tahun, tapi kemudian punah
tanpa bekas. Tradisi Yahudi sudah ada sejak 2500 tahun silam, tapi
karakter agama ini sudah sangat berbeda dari pertama kali ia muncul.
Agama berevolusi dan bertarung terus untuk memperjuangkan siapa yang
paling pas (struggle of the fittest). Agama yang tidak cocok dengan
perubahan zaman akan tergilas dan mati; yang cocok akan menang dan
terus hidup.

Jika teori evolusi itu benar, apakah agama-agama besar seperti Islam
dan Kristen bisa bertahan menghadapi gempuran zaman dan peradaban baru?
Apakah mungkin agama dengan pengikut lebih dari satu milyar bisa hilang
ditelan bumi? Para agamawan pun biasanya menolak kemungkinan kepunahan
agamanya. Mereka beragumen bahwa agama yang dipeluknya adalah agama
universal yang tak lapuk karena hujan dan tak lekang karena panas. Maka
ketegangan antara agama(wan) dan saint(is) pun tak bisa dihindari. Jika
kaum agamawan mengutip ayat suci, maka para saintis menjelaskan dari
sudut ilmu pengetahuan. Bagaimana menjelaskan ketegangan ini secara
metodologis dan dari sudut filsafat ilmu?
ANTARA PERKARA YANG DAPAT DIPERHATIKAN DAN DIHAYATI,
mereka menyatakan bahawa agama itu berevolusi,
maksudnya dizaman ini begini,
kemudian begini,
maksudnya agama bebas berubah sesuka hati?
agama hak manusia yang hakiki?

tapi bukankah telah ada janji.....
ayat alquran dipelihara sehingga kiamat?
tidak berubah dan kekal
menjadi petunjuk sepanjang zaman?

agama di kaca mata manusia tidak pernah sempurna
jika kajian yang dijalankannya berdasarkan ilmu cetek dan logik semata


JEBAT DERHAKA

Sunday, September 12, 2010

berhari raya di rumah Meroyan Banyak




semalam aku berkesempatan menghadiri suatu majlis perjumpaan,aku datang penuh harapan agar nasib mahasiswa kedah yang dibincangkan. Tapi sayang rupa-rupanya agenda politik murahan yang menjadi santapan rohani dan jasmani.

kami disuruh mengangkat tangan, berjanji tidak akan membiarkan UMNO dan BARISAN NASIONAL kembali merajai kedah. kami disuruh berjanji mengundi parti yang sedang memerintah. dari majlis hari raya kepada majlis baiah. APA YANG MEREKA FIKIRKAN? adakah cukup agenda politik murahan sebagai santapan anak-muda bergelar mahasiswa?adakah cukup berbaiah dan berjanji tidak akan mengundi pihak sana?kalau nak bercakap pon biar ada isinya
kalau nak berbicara pon biar ada bunga biar ada buahnya, ini tidak!main taram sahaja.

jika mahu terus berkuasa, ini bukan caranya! meski aku juga menyokong perjuangan asal, tapi aku kesal. budaya politik kampung masih merajai benak pemikiran orang kita. tanpa memikirkan kesudahan yang bakal diterima. Anda kata tidak mahu sama dengan yang lama, tapi tak perlulah melobi tak kena tempatnya. tatkala yang datang mahu berjumpa rakan lama,tatkala yang datang mahu berjumpa dengan menteri kesayangan mereka.

cukuplah berkempen secara berSEDERHANA, jangan melampau sampai tak kira masa dan tempatnya. sampai tetamu dipaksa bersumpah segala.

PAS perlu berubah, begitu juga dengan PEMADAH. JANGAN ANDA PANDANG SEBELAH MATA MEREKA YANG NAMPAK GAYANYA BIASA. meski tidak berlebai dan berkopiah, semangat perjuangan tidak pernah berubah. baru kenal politik sehari dua dan nak mengebat. nanti kena sebat tak pasal-pasal meroyan. jangan rasa diri itu hebat, jika ilmu didada itu jangkat.


dikata kekampungan marah,tapi budaya kekampungan tak reti-reti nak ubah!cubalah berdiplomasi bukan berdiplemosi. emosi tidak akan membawa kemana-mana,hanya kejurang kekalahan yang nyata.jangan diulang kesalahan sama di Terengganu,nanti kita yang menyesal bila jadi begitu!

ingat jangan sombong sangat
jangan buat benda tak ingat
jangan tak hormat tetamu yang datang
jangan asyik politik memanjang
jangan memeningkan kepala orang
bercakap biar berisi
bercakap jangan emosi


JEBAT DERHAKA

Wednesday, September 8, 2010

bangsa buta meski celik...bangsa bodoh meski berpengetahuan

aku selalu membaca
aku selalu memerhati
mereka yang mencerca
mereka yang memaki

meski telah tersurat dan tertulis
meski dikatakan dalam quran dan hadis
masih boleh bertegang leher
masih boleh bertekak bertempik

sudah dikata mereka takkan redha
sehingga kita sama
sehingga engkau dan mereka tiada beza
sehingga mereka rasa kita serupa

aku islam
kamu islam
aku percaya kamu tidak
kamu menentang perkara yang hak

kerana egomu memberontak
kononnya ilmu dan bicaramu itu betul dan lurus
konon logikmu itu lebih hebat dari yang menciptamu

teruskanlah dengan egomu
teruskanlah dengan logikmu
kerana aku tahu jika kamu terus sesat begitu
neraka tempatmu

JEBAT DERHAKA

Saturday, September 4, 2010

tv3 buat GILA

http://www.youtube.com/watch?v=2Brgb5N4ksI

ini apa cerita???
apa sebab musababnya???
apa kejadah ada orang tua yang macam santa???
kenapa pula bunga teratai jadi simbolnya???


dah berkali2 dah tv3 ni bagai mencabar dan mencalar
dah berkali2 mereka merosak tanpa kita sedar
pernah kontroversi tatkala mencari lagu yang juara


tapi berkali2 kita buat2 lupa
nanti anak2 tak tau beza apa tu hari raya
apa tu christmas yang disambut di barat sana

sudah2 la tu tv3
sudah suku abad bersama
setelah engkau mempolitikkan pelbagai agenda

jangan kau lupa kami masih ada
jatuh bangun kerana ada yang menontonnya

kerana tv3 bukan dunia
kami dunia tv3


JEBAT DERHAKA

Friday, September 3, 2010

selamat hari raya buat semua

hari raya menjelang tiba....
aku memohon ampun maaf dari semua

rakan taulan sahabat handai dan kaum keluarga
kerana lidah ini terkadang terlalu lantang bicara
terkadang aku terkasar bahasa

aku cuma insan biasa bnyak salah silapnya
banyak kurang dari lebihnya
tapi hatiku sayang sebenarnya

meski jarang ditunjuk
meski kadang2 aku merajuk
meski kadang2 aku selalu mengajuk

tapi ikhlas dari hati
aku hargai anda semua
kerana erti keluarga bukan hanya darah semata


JEBAT DERHAKA

Wednesday, September 1, 2010

aku jebat derhaka

mulai hari ini...aku mahu jadi sang derhaka yang membela nasib sahabat2 ku.....
biar dikata caraku cara lama....biar dirembat disini-sana....
biar martabat aku direndah2 kan

ini adalah azimat perjuangan
menuntut yang hak buat aku dan mereka
mewujudkan satu peluang untuk kita bertindak balas melawan kezaliman yang kita hadapi kini


ini ikrarku di pagi ramadan yang indah
aku mahu tenangkan hati gundah
aku mahu rentap dan hancurkan yang mana salah kerana aku

JEBAT DERHAKA