Tuesday, November 9, 2010

CERITERA BANJIR

sekali air bah,
satu negeri berubah,
satu negeri gelabah,

cerita banjir ni mmg menarik,
bila berlaku pelbagai dugaan,
mmg ramai orang tertarik,
tapi sayang yang tertarik itu membawa pelbagai daya penarik,
bantuan membanjiri negeri yang banjir,

negeri yang banjir ini dilanda susah,
negeri yang banjir ini sentiasa gelisah,
tapi orang negeri banjir ini masih punya akal waras,
tak perlukan pelekat2 parti pada bantuan beras,
tak perlu juga nama2 orang besar yang diwarwarkan,
kerana mmg orang takkannya nak diperasan,

kalau nak membantu biarlah membantu dengan ikhlas,
bukan membantu sbb ada udang yang bersembunyi di balik air bah,
tapi ingt sang udang,
air sangat2 la deras,
kang hanyut tau2 dah "keras"