Monday, October 11, 2010

kenapa uniten patut buat kolej kediaman COED.

bismillahirahmanirrahim,
selalunya saya jika menulis,perkara2 yang saya akan sentuh adalah mengenai hal ehwal politik negara,hal sosial dan agama dan penulisan saya juga berbentuk puisi sinikal.Namun pada hari ini saya menulis adalah disebabkan amat tertarik dengan permasalahan baru yang timbul di uniten. Dan masalah yang saya maksudkan adalah pembukaan ILMU utk pelajar lelaki untuk sem depan.

Dan tidak keterlaluan saya katakan bahawa saya setuju "BERSYARAT'' dengan cadangan ini diatas sebab2 tertentu dan saya kira valid utk diperkatakan.
upm
pertama2 sekali saya tegaskan bahawa, persetujuan saya bersyarat dan jika syarat2 ini dipenuhi barulah persetujuan saya terhasil.
antara syaratnya ialah:
1.kawalan keselamatan blok ke blok.
2.terdapat kawasan larangan yang jelas utk lelaki masuk atau tidak ke dalam ilmu
3.blok yang digunakan tidak mampu memberikan visual jelas dan nyata dan menggugat keselamatan pelajar perempuan.
4.pelajar yang dipilih masuk perlu aktif dan bersih rekodnya.
5.pelajar pada cgpa yang tinggi sahaja dibenarkan menetap di dalam ilmu.
UM
kesemua syarat2 ini adalah utk memastikan keselamatan pelajar perempuan.


sebab2 saya setuju "bersyarat" akan perubahan drastik ini ialah:
1.universiti2 lain telah lama mengaplikasikan sistem coed ini.
sistem ini terbukti selamat dan lebih praktikal.Dan sistem ini telah berjaya menjadikan kolej kediaman mereka lebih aktif berpersatuan dan mampu mengubah situasi dan fenomena persatuan hidup segan mati tak mahu di UNITEN. Saya kira umum tahu betapa sembap dan lembapnya sistem persatuan dan kehidupan kolej di uniten dibandingkan universiti2 lain dan kita mahu merangsang lagi campus life di uniten agar lebih proaktif dan kondusif.

2.Umum tahu masalah kediaman yang membelenggu pelajar lelaki di UNITEN.Setiap kali pengambilan pelajar baru di UNITEN, terdapat ramai pelajar2 senior terpaksa merempat di kelompok2 akibat tiada kediaman tetap. Saya sendiri pernah mengalami nasib sebegini rupa begitu juga majoriti rakan2 yang hanya mengharapkan apartmen di UNITEN ini.

3.bagi saya jika sistem baru ini dijalankan dengan proaktif dan dirancang,ia tidak akan membawa masalah yang besar. dan perlu digabungkan dengan sistem penempatan yang lebih sistematik di mana sistem ini perlu adil dan saksama berdasarkan kelayakan dan bukan berdasarkan kepada perkara2 lain.



kesimpulan:
kita dah ada komoditi,kita dah ada komuniti.segalanya telah mencukupi kenapa perlu dibazirkan atas sebab2 yang tak munasabah?
dan perubahan yang dibawa perlu diuji terlebih dahulu,tak perlulah terus membantah tanpa sebab yang valid.
dan manusia umum menolak perubahan,tapi tanpa perubahan tiada kemajuan.



No comments:

Post a Comment