Sunday, October 10, 2010

pilihan ditangan anda

ISLAM di MALAYSIA SUDAH TERBAHAGI KEPADA EMPAT

ISLAM IC
adalah islam yang hanya boleh nampak tertulis atas ic,
boleh eja,boleh baca dan boleh tengok sahaja,
tapi tak nampak langsung patuhnya pada agama,
mungkin hati nak padam sahaja,
tapi takut dek jadi macam kes mak cik LINA*
iyelah buat dosa merata2,
tak mengapa,
nanti tua taubat la,
nanti dah tua mengadap kiblatla,
sekarang masih muda,
enjoy dulu,







lompat terkinja2 dulu,
minum arak dulu
zina dulu,
hidup hanya sekali,
kenapa tak joli.

ISLAM EKSTRIM
yang ni pulak melampau tentangannya,
berasap2 letupannya
bergegar2 ucapanya
kata perjuangannya demi islam
tapi yang bnyak mati pun saudara seislam
segalanya nak ganas saja caranya
konon berjuang
konon tegas dan lantang
hanya tahu berjuang dengan senapang
tapi akidah kontang
kalau yang tak pegang senapang
mulut pulak lancang
jari menaip kencang
bila bercakap atau menulis pantang
semua tak kena semua kena tentang
bila pulak islam ajar kebencian
islam membawa kedamaian
islam hanya membalas jika cukup syaratnya
jika benar2 agama dihina
jika benar2 kita dalam bahaya
jaja nama islam untuk ideologi gila!

ISLAM LIBERAL
mereka ini lagi bahaya,
hujah mereka manis2 belaka,
bila berkata2 mmg pintar bicaranya,
bila menulis pandai bijak sungguh tulisannya
mereka bijak mengauta,
tafsir mereka tafsir minda,
segala nas2 dah tak boleh pakai,
manusia akalnya sempurna,
islam tidak sempurna bagi mereka,
ubah islam kononnya2 utk ikut tuntutan masa,
kononnya utk kebaikan bersama,
mereka ini golongan bijak pandai,
golongan peguam dah ilmuan yang kononnya boleh pakai,
tapi terlalu bijak sampai akidah tergadai.

ISLAM
ISLAM ITU SEMPURNA
ISLAM ITU AGAMA SEDUNIA
TIDAK KIRALAH DIMANA DIPIJAK DAN LANGIT DIJUNJUNG
ISLAM ITU UNTUK SEMUA
DAN UMAT ISLAM DIAJAR UTK BERSEDERHANA
BUKAN EKSTRIM
BUKAN LIBERAL
DAN BUKAN HANYA PADA NAMA
KERANA APA?
KERANA ISLAM JALAN HIDUP UTK SEGENAP MANUSIA
ISLAM LENGKAP
ISLAM BUKAN MILIK SESUATU BANGSA
DAN IMAN JUGA TAKKAN KEKAL DALAM JIWA JIKA TIDAK DIBAJA
DAKWAH TANGGUNGJAWAB KITA
TAPI CARANYA BERHIKMAH DAN BERSEDERHANA
BUKAN MEMAKSA DUNIA UTK IKUT CARA KITA
KERANA ISLAM ITU INDAH SEBENARNYA
CUMA KITA YANG TAK TAHU KEINDAHANNYA
TATKALA HATI PENUH KEBENCIAN
KETAMAKAN
DAN KEEGOAN
KERANA MANUSIA ITU TIDAK SEMPURNA



JEBAT DERHAKA

*lina joy seorang wanita muslim yang telah mengaku murtad dah mahu membuang islam dari namanya

No comments:

Post a Comment