Wednesday, September 8, 2010

bangsa buta meski celik...bangsa bodoh meski berpengetahuan

aku selalu membaca
aku selalu memerhati
mereka yang mencerca
mereka yang memaki

meski telah tersurat dan tertulis
meski dikatakan dalam quran dan hadis
masih boleh bertegang leher
masih boleh bertekak bertempik

sudah dikata mereka takkan redha
sehingga kita sama
sehingga engkau dan mereka tiada beza
sehingga mereka rasa kita serupa

aku islam
kamu islam
aku percaya kamu tidak
kamu menentang perkara yang hak

kerana egomu memberontak
kononnya ilmu dan bicaramu itu betul dan lurus
konon logikmu itu lebih hebat dari yang menciptamu

teruskanlah dengan egomu
teruskanlah dengan logikmu
kerana aku tahu jika kamu terus sesat begitu
neraka tempatmu

JEBAT DERHAKA

No comments:

Post a Comment