Sunday, September 12, 2010

berhari raya di rumah Meroyan Banyak




semalam aku berkesempatan menghadiri suatu majlis perjumpaan,aku datang penuh harapan agar nasib mahasiswa kedah yang dibincangkan. Tapi sayang rupa-rupanya agenda politik murahan yang menjadi santapan rohani dan jasmani.

kami disuruh mengangkat tangan, berjanji tidak akan membiarkan UMNO dan BARISAN NASIONAL kembali merajai kedah. kami disuruh berjanji mengundi parti yang sedang memerintah. dari majlis hari raya kepada majlis baiah. APA YANG MEREKA FIKIRKAN? adakah cukup agenda politik murahan sebagai santapan anak-muda bergelar mahasiswa?adakah cukup berbaiah dan berjanji tidak akan mengundi pihak sana?kalau nak bercakap pon biar ada isinya
kalau nak berbicara pon biar ada bunga biar ada buahnya, ini tidak!main taram sahaja.

jika mahu terus berkuasa, ini bukan caranya! meski aku juga menyokong perjuangan asal, tapi aku kesal. budaya politik kampung masih merajai benak pemikiran orang kita. tanpa memikirkan kesudahan yang bakal diterima. Anda kata tidak mahu sama dengan yang lama, tapi tak perlulah melobi tak kena tempatnya. tatkala yang datang mahu berjumpa rakan lama,tatkala yang datang mahu berjumpa dengan menteri kesayangan mereka.

cukuplah berkempen secara berSEDERHANA, jangan melampau sampai tak kira masa dan tempatnya. sampai tetamu dipaksa bersumpah segala.

PAS perlu berubah, begitu juga dengan PEMADAH. JANGAN ANDA PANDANG SEBELAH MATA MEREKA YANG NAMPAK GAYANYA BIASA. meski tidak berlebai dan berkopiah, semangat perjuangan tidak pernah berubah. baru kenal politik sehari dua dan nak mengebat. nanti kena sebat tak pasal-pasal meroyan. jangan rasa diri itu hebat, jika ilmu didada itu jangkat.


dikata kekampungan marah,tapi budaya kekampungan tak reti-reti nak ubah!cubalah berdiplomasi bukan berdiplemosi. emosi tidak akan membawa kemana-mana,hanya kejurang kekalahan yang nyata.jangan diulang kesalahan sama di Terengganu,nanti kita yang menyesal bila jadi begitu!

ingat jangan sombong sangat
jangan buat benda tak ingat
jangan tak hormat tetamu yang datang
jangan asyik politik memanjang
jangan memeningkan kepala orang
bercakap biar berisi
bercakap jangan emosi


JEBAT DERHAKA

1 comment: